Arwah Muhammad Zakwan ketika
berusia 5 bulan.
Salam semua,
Di sini sudah lama ingin ku berkongsi cerita -ceritiku.Sebagai insan biasa yang telah melalui pahit manis dalam kehidupan yang fana ini.Kisah ini bermula ketika aku melahirkan anak yang kedua yang sekarang telah pun menjadi arwah(Muhammad Zakwan )Kehidupan bersama arwah hanya dapat ku kecapi sehingga beliau berumur tujuh bulan.Pada ketika itu arwah sedang belajar merangkak..Pada usianya yang masih kecil aku seperti tidak mahu berpisah dengannya walaupun seminit.Selepas habis bekerja aku akan tergesa-gesa pulang ke rumah.Aku masih ingat mukanya yang bulat kerana arwah memang seorang anak yang sihat tubuh badannya.Ketika beliau berumur 5 bulan aku telah mengabdikan gambar-gambarnya..Pada ketika itu dalam hatiku telah terdetik sesuatu..hanya Allah sahaja yang tahu.Pada suatu hari aku merenung wajahnya yang penuh dengan kesayuaan dn kesedihan.Dalam hatiku terdetik jua sesuatu "kenapa mukanya seperti tidak panjang umur".Hati seorang ibu kadang-kadang mempunyai naluri yang sangat kuat.Pada minggu-minggu terakhir arwah..mataku,kepalaku terbayang sahaja ada peristiwa yang akan berlaku tapi aku tidak pasti siapa.gambaran orang ramai datang menziarah ke rumahku..dan lain-lain mimp yang pelik telah muncul dalam mimpiku.Arg..Pada suatu pagi 17.10.2002 arwah bangun lebih kurang pikul 2.00am kerana membuang air besar.Tiba-tiba aku terdengar bunyi suara burung yang tidak pernah ku dengar selama ini dengan nyaring dan jelasnya berbunyi di tepi rumahku.Terus terdetik dalam hatiku.(Siapa yang nak meninggal aku ke Zakwan)Persoalan itu terus bermain dalam fikiranku..Sehinggalah aku menghantar arwah ke Taska.Kebetulan pada hari itu adalah hari pertamanya ke taska.Dlm hatiku masih lagi bertalu-talu persoalan siapa yang akan meninggal?.Setelah hampir sejam di tempat kursus tiba-tiba aku ternampak rakan sekerja ku tergesa-gesa mendapatkan aku tanpa memberitahu puncanya kenapa aku disuruh pulang.Bertubi-tubi soalan ku lemparkan tapi rakanku tidak menjawab,sehinggalah tiba di hospital Dungun aku melihat anak terkujur dengan darah keluar melalui hidung dan mulut.Aku hanya mampu berdoa agar beliau sembuh.Setelah doktor di hospital itu tidak dapa brbuat apa-apa anakku dihantar ke hospital besar Kuala Terengganu.Apabila sampai di Hospital doktor telah sedaya upaya menyelamatkan anakku.Pada ketika itu doktor memberitahu 50/50% sahaja harapan untuk anakku sembuh.Aku berdoa agar Allah selamatkan anakku..Sehinggalah selepas magrib aku dipanggil oleh doktor menyatakan sudah tidak ada harapan lagi untuk anakku hidup.Doktor meminta aku megucap dua kalimah syahadah kepada anakku.Akhirnya beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.Menurut doktor mereka kehairanan di atas kematiaan anakku kerana pemeriksaan mendapati semuanya berada dalam keadaaan baik seperti jantung,otak,paru-paru dan sebagainya.Aku tersangat musykil.Tapi hanya Allah sahaja yang tahu.Banyak peristiwa yang berlaku selepas pemergiaan arwah.Seminggu selepas pemergiaannya ada sehelai baju yang dipenuhi minyak berada di penyidai hadapan rumahku,beras -beras bertaburan di sekeliling rumahku.Ini amat memeningkan lagi kepalaku.Anak sulungku sering demam-demam dan ternampak hantu di dalam rumah.Sehinggakan aku terpaksa membawanya berubat.Aku sudah serik berada di suatu tempat ini yang penuh dengan misteri.Akhirnya aku memohon pertukaran.Malangnya pertukaran kami tidak diluluskan oleh guru besar.Aku berjumpa dengan guru besar dan menceritakan kisahku.Tetapi beliau tidak dapat berbuat apa kerana borang pertukaranku telah diserahkan kepada JPN.Hanya kepada Allahlah tempat ku mengadu dan memohon pertolongan aku melakukan solat hajat,dan mengamalkan ayat seribu Dinar.Alhamdulillah permintaan dan pertolonganku kepada Allah tidak sia-sia .Sesungguhnya Allah Maha Pengasih dan penyayang kepada setiap hambanya.Aku dan suami dapat bertukar balik ke kedah.Walaupun pada mulanya suamiku tetap berkeras tidak mahu berpindah.Sekarang masa telah berlalu dengan cepat sudah hampir sembilan tahun kami di Kedah.Sesungguhnya peristiwa yang ku lalui ini memberikan bamyak pengajaran dan panduan untukku agar lebih tabah dan sabar dalam menghadapi segala dugaan dan rintangan hidup.Ingatlah kepada Allahlah yang wajib kita semua panjangkan doa dan memohon pertolongan dan perlindungan.Amin.
Blog ini sekadar berkongsi minat,maklumat dan ilmu.Harap sudi memberikan komen untuk penambahbaikan.